Hamid Syahriari

Hujatul Islam[1] Syeikh Hamid Havali Syahriari (Parsi: حمید حوالی شهریاریcode: fa is deprecated )[2] (Lahir: 1963, Tehran)[3][4] ialah seorang ulama Islam di Iran bermazhab Syiah Imam Dua Belas. Beliau telah dilantik sebagai setiausaha agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam pada 2018. Perlantikan beliau dilakukan dengan titah pemimpin agung Iran, Ali Khamenei bagi menggantikan Muhsin Araki.[5]Hamid ialah bekas ketua Pusat Perangkaan dan Maklumat dalam sistem kehakiman Iran. Beliau juga ialah bekas ketua Pusat Penyelidikan Komputer Sains Islam. Beliau juga pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Ruang Siber Iran.[6]Beliau pernah menghadiri Hauzah Ilmiah Qom pada 1981, dan menamatkan pengajian seminarinya dalam 6 tahun. Beliau juga sibuk mengajar pengajian seminari selain pendidikan beliau sendiri, dan juga belajar bahasa Arab dan Inggeris. Selepas habis pendidikan Hauzah, beliau menyertai kelas perguruan, dengan Sayid Kazim Al-Haeri dan Jawad Tabrizi selama sepuluh tahun dalam "Pengajian kepada Perundangan dan Prinsip Islam"[7]

Hamid Syahriari

Lahir Hamid Havali Syahriari
1963 (umur 60–61)
Tehran, Iran
Didahului oleh Muhsin Araki
Pendidikan Seminari Qom
Dilantik oleh Ali Khamenei
Profesion Ulama